BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 17, 2009

KPLI Ambilan Khas Jun 2009


SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI ATAU KPLI-SR LPBS j-QAF AMBILAN KHAS JUN 2009 MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

NOMBOR KAD PENGENALAN : 820330135172

NAMA : OZARINA BINTI OTHMAN

KURSUS : BAHASA MELAYU

TEMPAT : INST PEND GURU MALAYSIA KAMPUS BAH. MELAYU : LEMBAH PANTAI 59200 : KUALA LUMPUR , WP KUALA LUMPUR

TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 22-JUN-2009

MASA : 8.30 pagi



Satu berita yang tidak memberikan sebarang impak perasaan pada diri aku tika aku menerima keputusan ini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa tetapi itulah hakikatnya. Pada malam sebelum aku menerima keputusan ini aku sudah bertekad pada diri aku untuk bersedia menerima sebarang kemungkinan. Aku juga bernazar untukberpuasa sehari jika aku berjaya. kepada rakan2 yang ada membaca sila ingatkan aku tentang nazar aku ini.

Bermulalah episod baru, lebih kurang seperti memulakan hidup yang baru. Jangan fikir dengan mendapat keputusan ini merupakan satu yang 100% menggembirakan. Walaupun ini adalah sesuatu yang diharapkan namun untuk mendapatkan ini pengorbanan perlu ada. Hakikatnya tiada kesenangan tanpa pengorbanan bukan. Bermacam-macam perasaan bermain dalam jiwa aku saat ini. Selama 4 tahun aku di YMN kini tiba giliran aku untuk pergi menuruti langkah nani dan nurul untuk menyertai KPM. Jujur aku katakan aku terlalu sedih dan tidak sanggup untuk menginggalkan YMN ini. Tapi apakan daya demi masa depan aku harus pergi.

Di sini juga aku ingin mengmbil kesmpatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga YMN yang sangat memberi sokongan dan yang penting sekali sudi memberi peluang untuk aku untuk berkerjasama dalam organisasi mereka. Terima Kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah di berikan tanpa jemu. Selain itu, terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan yang tifak jemu2 memberi semangat untuk aku terus berusaha untuk menjadi seorang pendidik.

Hari Ahad aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru. Kepada rakan-rakan aku di semenanjung tunggu kedatangan aku ya! Kepada semua rakan-rakan yang di sayangi semua, bersama-samalah kita berdoa agar kejayaan dan kesenangan sentiasa mengiringi kita. Amin..

0 comments: