BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

REDHA

Hari ini keputusan posting sudah pun dikeluarkan oleh JPN..Saat aku tiba di ruang legar tingkat 10 JPNS aku terserempak dengan rakan sekelas yang turut mengambil keputusan penempatan kami..Aku diberitahu dia telah di tempatkan di Song Kapit..agak terkejut aku dengan kenyataannya..aku dengan tabah melangkah untuk mendapatkan surat penempatan aku..Tahniah! anda di tempatkan di Sk Lepong Balleh Kapit..Huh..tiada apa dapat aku katakan aku hanya mengukir senyuman dan mengucpkan terima kasih kepada pegawai itu.

Aku tidak dapat menilai perasaan aku tika aku menerima keputusan itu, apa yang dapat aku katakan aku masih lagi tergamam..orang pertama yang aku hubungi untuk aku khabarkan berita ini ialah suamiku yg tercinta. selepas itu barulah aku menghubungi bapa mertua dan bapaku..hmm..rasanya mereka sungguh terkejut dengan apa yang aku katakan.

Tiada apa dapat di lakukan saat ini, hanya mampu berserah dan redha dengan ketentuan..dalam ketakutan aku beranikan diri untuk menempuh segala cabaran dan dugaan yang bakal aku tempuhi kelak. Semoga segala perjalanan aku sebagai seorang pendidik akan diberkati dan selamat semuanya. sama-sama kita berdoa agar semuanya lancar.

kepada sahabatku sekalian, tiada lagi hujung minggu bersama..kita akan luangkan masa apabila tiba saat CUTI SEKOLAH..heheheeh..SELAMAT MENDIDIK..

Wednesday, August 4, 2010

MAAF!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kepada pembaca yang membaca mari berpantun, saya memohon seribu kemaafan kerana rangkap pantun tidak kelihatan..semuanya terjadi atas kesalahan teknikal..mohon maaf kepada semua..

Mari Berpantun

PANTUN NASIHAT

Burung Kedidi terbang di awan,

Terbang di kota di siang hari,

Santun berbudi alas kehidupan,

Jika dilupa punahlah peribadi.

Buah manggis buah pinang,

Dihidang bersama sayur keladi,

Bila berbudi hatikan senang,

Pasti di kenang sehingga mati.

Bangku bambu di tepi perigi,

Burung Merak keliling taman,

Sapa jiranmu tidaklah rugi,

Muafakat dibentuk tiang kedamaian.

Ikan Sembilang suka menyengat,

Terkena sengat sakit merana,

Hidup ini sentiasa beringat,

Masa depan dijamin sempurna.

Lembut sungguh kain kelambu,

Dibeli dari anak Pak Seman,

Buku itu jambatan ilmu,

Pembimbing setia sepanjang zaman.

Karyaku..

Hari ini aku meletakkan karya-karya yang telah lama di simpan dalam HD aku..sememangnya minat menulis itu sudah sebati dalam diri namun masih terdapat banyak kekurangan. Di harap kalian gembira membaca karya-karyaku yang tidak seberapa ini (cewah!!)

KAU ATAU DIA

Kau atau dia

Naluri ini meronta
Oleh sesuatu yang masih dibelenggu tandatanya
Benar atau tidak
Namun semuanya telah berlaku
Dia laungkan kebebasan
Dia laungkan kedaulatan
Tapi benarkah semuanya
Atau janji kosong semata

Hati ini tidak menduga
Kerna kau adalah dia
Dia pengkhianat nusa
Dia pembunuh bangsa
Siapakah kau?
Siapakah dia?
Nyata kau dan dia serupa
Masih jahil erti merdeka
Terkandas di dunia nyata

~Ozarina Othman~

KISAH 1

KISAH I * tersiar dalam tunas cipta*

Riuhrendah

Suara-suara menghidupkan diri

Suasana setiap senja pagi

Di sebalik binggar itu

Terjulur telapak kecil

Di celah himpitan manusia

Menunggu cebis kasihan

Yang tiada kepastian

Demi meneruskan kehidupan

Masih ada tangan simpati

Dihulur jua pada telapak itu

Lantas memberi sedikit sinar baru..

Mana ibu?

Anak meliar mencari ibu

Menari-nari keriangan

Berlari mendakap ibu.

Sayu ibu..

Menitis manik hiba

Mengenang malang menimpa bahu

Detik waktu adalah beban

Menjadi paratis kehidupannya

Anak itu tidak mengerti

Keperitan yang abadi

Hanya mampu menunding sinar

Yang belum pasti berpanjangan...

Puteri Kenyalang

2006

Merungkai Sedar

Merungkai Sedar

Kusingkap tabir senja
merenung pada ufuk itu
mengenang daif
yang lama mengulit diri

Syurga dunia yang kau cipta
menjadi medan melerai nafsu
lubuk menghimpun ghairah hidup
berkejaran mengaut loba dunia
mengabdi pada pangkat dan harta

Ya-Rahman, Ya-Rahim
pada-Mu aku bersandar
alpaku Kau yang maha jelas
jahilku Kau yang mengadili
titipkanlah cahaya iman-Mu
hembuskan bayu rahmat padaku
tempatkan aku
bersama mereka yang Kau kasihi
sesungguhnya Kau maha agung
sesungguhnya Kau pencipta langit dan bumi



~Ozarina Othman~