BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 8, 2010

TOKEY??

Rasanya dahs ebulan aku abis KPLI..tgh nunggu mok di postingkan di mana2 sidak KPM nikam (uarrgghh 10sen juak) biasalah nak..penantian itu satu penyiksaan..SABAR jak lah ubat yang paling mujarab time tok..sakit juak asa sik keja koh.. sigek sikda fulus..nang ssh..ngarap laki jak2 supan juak nyawa aku..Nasib bait mak aku bekantin di Land survey sia..muak juak dpt aku carik side income k aku byr gaji Mdm Sona ku ya..agik nak mkn kah apa..rembat jak nak da di kantin tok..

dah 2 minggu aku menapak di kantin..as cashier tek konok..kantin start kol 7 pg aku dtg kol 10 pg..hahahaha..nakpa kedak ya kah..TOKEY kah??? aokkk..tokey yg bukan mkn untong jualan..ya jak..hehehe..bisin mak aku..mula2 ria..tok dah mls nya nak bisin gik..telinga kebal bah..mantol..hehehe..mls aku nak awal gilak ke kantin..mok sleeping beauty lok kejap sementara lom keja..lak mund dah start posting yang bisak mata mok bgn pagi2..dah kelemahan aku bgn awl pg..sekpa jadi TOKEY kejap jak..
hari-hari tga gelagat manusia yg pelbagai ragam..mun dah dis serbu yalah ssh gilak..mok juak asa nak extend tangan tok..bkn bulu mata jak mok di extend..tangan pun boleh juak mun perlu bah..hehehe.

lamak dah jadi bini org tok..lom gik aku asa gilak jadi bini org gilak..maybe aku sik diam ngan hubby ku bah..as usual PJJ gik..nang kmk duak tok PJJ ya dah biasa dah..b4 nkh PJJ ya nang sakit..edek2 dah nkh nak..tedah sian hubby sorang jak di sinun..mun aku dapat posting sama ngan nya sinun alhamdulillah..mun sik terpaksanya ekot sine aku posting..hehehe..wad to do owh dear..

oklah, tok saja2 jak tek ngisik masa lapang..actually aku mls nak tulis blog ttg dirik or apa2 yg personal..but bahan aku tek sik ku bak..dlm external hd..lak lah aku kah karya2 aku dlm tok k tatapan ( sak jak followers aku yan jak..hahah..yan bc jak ko.)

Saturday, July 3, 2010

Saat Yang Paling Bahagia Dalam Hidupku



Tanggal 11 Jun 2010, selepas solat Jumaat, dengan sekali lafaz aku sah begelar isteri buat Hezamuddin Bin Morshidi. Impian dan angan-anganku menjadi kenyatan, pertama-tama aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memakbulkan doaku untuk disatukan dengan orang yang aku cintai. Sesungguhnya kuasa Allah lebih daripada segalahnya. Semua yang berlaku juga sudah tertulis. Pertemuan setelah 4 tahun tidak bersua muka telah memanjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin. Sesungguhnya ceritera cinta kami dicoret dengan pelbagai kisah suka duka dan dugaan.

Pada tarikh keramat itu, tidak aku nafikan perasanku bercampur-baur..tetapi paling ketara aku begitu cemas dan gugup sekali. Melihat kehadiran sanak saudara dan sahabat handai yang memenuhi ruang kediaman membuatkan diriku semakin gementar. Setelah kehadiran pengantin lelaki, aku di tempatkan di sebelahnya dan bermulalah majlis AKAD NIKAH. Syukur hanya sekali lafaz Hezam sah begelar suamiku. Ternyata perasaan gementar hilang serta merta dan bertukar kepada tangisan gembira. Kulihat ada yang menitiskan airmata, ada yang menadah tangan kesyukuran dan perasaan aku pada tika itu hanya tuhan sahaja yang tahu..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pada hari kedua, persandingan pihak aku berlangsung di Dewan TM.. acara bermula pada jam 10 pg dan ketibaan pengantin pada jam 11pg..perasaan gementar sekali lagi menyelubungi diriku kerana aku melihat begitu ramai jemputan yang hadir pada ketika itu. Aku dan pasanganku mengenakan baju tradisional melayu kontemporari berwarna merah..aku sungguh terharu dengan hasil tangan SANTUBONG BRIDAL yang begitu menepati citarasa dan impian perkahwinan aku.. Terima kasih diucapkan kepada Abg Hisyam yang banyak membantu.

Pada hari kedua pula, majlis persandingan pihak lelaki berlangsung di dewan yang sama iaitu Dewan TM. Kali ini aku mengenakan baju gaun putih dan pasanganku mengenakan baju istiadat PDRM..pada hari itu aku merasai berjalan melalui bawah silang pedang (Sword Barrel) satu pengalaman yang cukup menarik dan indah bagiku. Sentuhan SANTUBONG BRIDAL pada hari kedua juga tidak mengecewakan. Sentuhan dekorasi pelamin sekali lagi memukau pandangan dan dandanan juga cukup bertepatan dengan tema pada hari tersebut.

Kedua-dua majlis besar yang berlangsung pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Budi kalian semua hanya mampu kubalas dengan doa.. Aku juga berharap majlis persandingan itu diberkati Allah SWT.

Upacara terakhir untuk majlis perkahwinan kami ialah upacara menerima menantu dan bacaan doa selamat. Pada hari tersebut majlis di adakan di rumah mertuaku di taman Sejoli.. pada hari itu juga bacaan doa selamat dan zikir di adakan. Majlis diteruskan dengan menepung tawar pengantin. Semua saudara-mara yang hadir di jemput untuk menepung tawar pengantin pada malam tersebut.

Empat hari majlis perkahwinan aku di adakan dengan baik dan sempurna, Syukur kehadrat Allah kerana mengizinkan majlis berjalan dengan selamat. Sesungguhnya, tarikh 11, 12, 13 dan 15 Jun 2010 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku dan suami tercinta. Marilah sama-sama kita berdoa agar jodoh kami dipanjangkan hinggan akhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang soleh..AMIN....


p/s : kalau nak tengok pic2 kawen tgk lah kat FB..kat situ lagi banyak..