BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 8, 2010

TOKEY??

Rasanya dahs ebulan aku abis KPLI..tgh nunggu mok di postingkan di mana2 sidak KPM nikam (uarrgghh 10sen juak) biasalah nak..penantian itu satu penyiksaan..SABAR jak lah ubat yang paling mujarab time tok..sakit juak asa sik keja koh.. sigek sikda fulus..nang ssh..ngarap laki jak2 supan juak nyawa aku..Nasib bait mak aku bekantin di Land survey sia..muak juak dpt aku carik side income k aku byr gaji Mdm Sona ku ya..agik nak mkn kah apa..rembat jak nak da di kantin tok..

dah 2 minggu aku menapak di kantin..as cashier tek konok..kantin start kol 7 pg aku dtg kol 10 pg..hahahaha..nakpa kedak ya kah..TOKEY kah??? aokkk..tokey yg bukan mkn untong jualan..ya jak..hehehe..bisin mak aku..mula2 ria..tok dah mls nya nak bisin gik..telinga kebal bah..mantol..hehehe..mls aku nak awal gilak ke kantin..mok sleeping beauty lok kejap sementara lom keja..lak mund dah start posting yang bisak mata mok bgn pagi2..dah kelemahan aku bgn awl pg..sekpa jadi TOKEY kejap jak..
hari-hari tga gelagat manusia yg pelbagai ragam..mun dah dis serbu yalah ssh gilak..mok juak asa nak extend tangan tok..bkn bulu mata jak mok di extend..tangan pun boleh juak mun perlu bah..hehehe.

lamak dah jadi bini org tok..lom gik aku asa gilak jadi bini org gilak..maybe aku sik diam ngan hubby ku bah..as usual PJJ gik..nang kmk duak tok PJJ ya dah biasa dah..b4 nkh PJJ ya nang sakit..edek2 dah nkh nak..tedah sian hubby sorang jak di sinun..mun aku dapat posting sama ngan nya sinun alhamdulillah..mun sik terpaksanya ekot sine aku posting..hehehe..wad to do owh dear..

oklah, tok saja2 jak tek ngisik masa lapang..actually aku mls nak tulis blog ttg dirik or apa2 yg personal..but bahan aku tek sik ku bak..dlm external hd..lak lah aku kah karya2 aku dlm tok k tatapan ( sak jak followers aku yan jak..hahah..yan bc jak ko.)

Saturday, July 3, 2010

Saat Yang Paling Bahagia Dalam Hidupku



Tanggal 11 Jun 2010, selepas solat Jumaat, dengan sekali lafaz aku sah begelar isteri buat Hezamuddin Bin Morshidi. Impian dan angan-anganku menjadi kenyatan, pertama-tama aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memakbulkan doaku untuk disatukan dengan orang yang aku cintai. Sesungguhnya kuasa Allah lebih daripada segalahnya. Semua yang berlaku juga sudah tertulis. Pertemuan setelah 4 tahun tidak bersua muka telah memanjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin. Sesungguhnya ceritera cinta kami dicoret dengan pelbagai kisah suka duka dan dugaan.

Pada tarikh keramat itu, tidak aku nafikan perasanku bercampur-baur..tetapi paling ketara aku begitu cemas dan gugup sekali. Melihat kehadiran sanak saudara dan sahabat handai yang memenuhi ruang kediaman membuatkan diriku semakin gementar. Setelah kehadiran pengantin lelaki, aku di tempatkan di sebelahnya dan bermulalah majlis AKAD NIKAH. Syukur hanya sekali lafaz Hezam sah begelar suamiku. Ternyata perasaan gementar hilang serta merta dan bertukar kepada tangisan gembira. Kulihat ada yang menitiskan airmata, ada yang menadah tangan kesyukuran dan perasaan aku pada tika itu hanya tuhan sahaja yang tahu..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pada hari kedua, persandingan pihak aku berlangsung di Dewan TM.. acara bermula pada jam 10 pg dan ketibaan pengantin pada jam 11pg..perasaan gementar sekali lagi menyelubungi diriku kerana aku melihat begitu ramai jemputan yang hadir pada ketika itu. Aku dan pasanganku mengenakan baju tradisional melayu kontemporari berwarna merah..aku sungguh terharu dengan hasil tangan SANTUBONG BRIDAL yang begitu menepati citarasa dan impian perkahwinan aku.. Terima kasih diucapkan kepada Abg Hisyam yang banyak membantu.

Pada hari kedua pula, majlis persandingan pihak lelaki berlangsung di dewan yang sama iaitu Dewan TM. Kali ini aku mengenakan baju gaun putih dan pasanganku mengenakan baju istiadat PDRM..pada hari itu aku merasai berjalan melalui bawah silang pedang (Sword Barrel) satu pengalaman yang cukup menarik dan indah bagiku. Sentuhan SANTUBONG BRIDAL pada hari kedua juga tidak mengecewakan. Sentuhan dekorasi pelamin sekali lagi memukau pandangan dan dandanan juga cukup bertepatan dengan tema pada hari tersebut.

Kedua-dua majlis besar yang berlangsung pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Budi kalian semua hanya mampu kubalas dengan doa.. Aku juga berharap majlis persandingan itu diberkati Allah SWT.

Upacara terakhir untuk majlis perkahwinan kami ialah upacara menerima menantu dan bacaan doa selamat. Pada hari tersebut majlis di adakan di rumah mertuaku di taman Sejoli.. pada hari itu juga bacaan doa selamat dan zikir di adakan. Majlis diteruskan dengan menepung tawar pengantin. Semua saudara-mara yang hadir di jemput untuk menepung tawar pengantin pada malam tersebut.

Empat hari majlis perkahwinan aku di adakan dengan baik dan sempurna, Syukur kehadrat Allah kerana mengizinkan majlis berjalan dengan selamat. Sesungguhnya, tarikh 11, 12, 13 dan 15 Jun 2010 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku dan suami tercinta. Marilah sama-sama kita berdoa agar jodoh kami dipanjangkan hinggan akhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang soleh..AMIN....


p/s : kalau nak tengok pic2 kawen tgk lah kat FB..kat situ lagi banyak..

Monday, June 28, 2010

Selamat Tinggal IPG KBM

Setahun nang sik berasa langsung..pejam celik pejam celik dah abis dah pengajian aku di IPG KBM.. sekarang tok aku tgh nunggu panggilan untuk berkhidmat sebagai GURU. Setahun di kampus mmg mcm2 benda terjadi, tapi semuanya adalah dugaan dari maha Esa..mesti di tempuhi dengan sabar.

Rindu juak koh ngan sidak miak kelas KPLI BM 2A..aku sik sempat nak abis bersama-sama dengan sidak semua. aku terpaksa menanggugkan KISSM dan meneruskan perancangan untuk majlis perkahwinan yang berlangsung serentak dengan KISSM.. aku terpaksa memilih di antara satu..bekorban adalah keputusannya..sesungguhnya sukar kita dapat kedua-dua keuntungan dalam satu masa.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, maafkan segala kesilapan yang terlakukan (yah ter gik ya) halalkan segalanya, dan sama-sama kita berdoa agar kita akan ditempatkan segera. ( acttually dalam ati tok ngenang gaji..keta sapa nak bayar nak..mun dapat k daun mok jak aku part time ngutip daun k ku byr ketaku..heheheh)

Wednesday, April 21, 2010

~Cetusan hati~

hari ini, aku ngan kwn2 aku mengeluarkan peluh dgn betandak line dance nobody..best juak..dah 3 hari juak kmk urg besenam nak gya..nang bepeluh bdn tok..asa segar kit asa..hehehe..insyaAllah benda tok akn berterusan..mudahan juak sikda penyakit malas..sbb petang2 koh suma suka mlh kuak lentang nak..kat atas katel..heheheh..tiba-tiba jak tajuk di atas ya cetusan hati..actually aku nang nak mdh smtg, tentang asa hati aku sejak 3 bulan tok sampe skrg..

sikdalah apa yang nak di padah..sbnrnya aku simpan benda ya jadi rahsia aku dan kawan-kawan aku jak..aku cuma nak luahkan kat sitok sikda org dalam dunia tok yang sempurna..mun ada pun malaikat..semua org sedar akan kebenaran tok.. aku pun bukan sempurna begitu juga kau..hmm..selama aku punya kawan aku sik penah asa mcm tok..tp frm begining gik i know smtg will happen..maybe aku dapat tga cara dan perlakuannya so aku tauk nya jenis mcm ne..and aku admit nya pun sikap and aku ambik keputusan untuk biarkan jak..kdg2 mun aku asa aku nak tegor aku tegor..benda salah patut tegor..mun aku polah salah pun aku sik kesah org tegor..tp bila kenak tegor kita coba terima pandangan orang atau tegoran org bah..bkn ssh..juz ambik masa 2-3 menet sama ada ko nak terimak sik tegoran orang..

aku pun dah tua juak bah di antara sidak2 sitok..so aku paham asa ati and keadaan yang berlaku..tp aku sik kesah tua kah muda..tp asalkan ada fikiran nak pk mana betol mana salah cukup. profesional lah skit nak..sabar org ada had..ya mesti ingat..aku pun mun dah byk kali perkara yang sama org polah mmg dtg ijo juak asa..tp aku bkn jenis attack terus pun org..aku gik dpt berpk dgn rasional bah..

bila benda remeh2 gtok terjadi, aku jadi komopius dgn dirik pun..aku tok jaik gilak kah?salah kah apa dikaka aku?salah kah apa di polah aku? sedangkan apa yang aku pdh sama dgn org2 lain nampak n rasa..ya kira nsb bgs org lain ya sikda bukti..aku tok yg ada bukti sikda aku nak gago..aku sik kesah pun dgn apa yg berlaku.. janji benda ya sik berkaitan dengan aku dah..jgn sampe aku terbabit sama..aku kenak tempias yg sama..ya MMG AKU SIK SUKA..

benda-benda mcm tok polah aku berpk dirik pun ADAKAH AKU SEORANG RAKAN YANG BAIK?? benda tok salu bermain2 dlm palak aku bila berlaku kedak tok..setakat tok aku ada ramaiiiii kawan-kawan yang sikda komplen pasal aku..sikda merungut pasal aku and so far ok and senang nak bekawan ngan aku (maybe aku asa jak..mun sik bena padah) jadi apa problemnya nak?

aku seorang yang senang di bak berkawan..mun org bait dengan aku aku lebih bait gik dgn nya..tp mun org jaik ngan aku aku SIKKAN JAIK DENGAN NYA..aku hanya berserah pada takdir dan kuasa ALLAH untuk menentukan betol salahnya..KEBENARAN HANYA ALLAH YANG TAHU..ya mmg sik dapat nak di nafikan..INGAT bak kata pensyarah aku WAD U GV U GET BCK..hahahahah...Wallahhualam..

Saturday, April 17, 2010

3 Bulan di Sk Sungai Besi



Akhirnya, 16 April selesailah tugasku di Sk Sungai Besi (SKSB) sebagai guru praktikum. Rasa sedih untuk meninggalkan sek itu coz banyak kenangan yang telah terukir disana. terima kasih juga aku ucapkan kepada GB kerana menerima kami untuk menjalani praktikum selama 3 bulan di SKSB. buat guru pembimbing jasa dan tunjuk ajarmu amatlah dihargai. Guru pembimbingku Pn Noraini yang sangat best dan baik hati tu mmg membantu aku selama 3 bulan. syok juga menggali ilmu yang banyak pada pn noraini tu..heheheh...cikgu-cikgu di sana juga baik2..walaupun ckp mcm org nak marah jer..tp hati meke baik..syok lak..mcm2 bende yg bleh di kongsi bersama.


kat sekolah itu aku banyak membantu dalam persembahan..iyerlah kan dah minat nak wat mcm ner..lagi pun bende tu mmg dah bidang..so tak salah lah nak tlg lebih2.. alah setakat tu tak membebankan pun..selain tu bola jaring..heheeh..sume yg aku buat mmg bidang aku..aku pun seronok bile tgk cikgu puas hati dengan hasil kerja kita. kiranya diri kita dapat tau lah yang kerja2 aku nie boleh diterima pakai..kanzzzz



Dalam minggu terakhir aku di SKSB murid-murid bertungkus lumus membuat jamuan perpisahan untuk aku.. terharu juga rasanya.. terima kasih lah buat anak murid yang sanggup berabis duit parents mereka.. nak beli makanan dan hadiah2 semua..kepada 5 Merbau, 5 Cengal, 4 Angsana..thanks keh! ade satu kelas yang buat jugak jamuan untuk aku.. tp aku tak mengajar mereka pun..adoiii..serba salah jugak di buatnya.. mungkin di sebabkan ader seorang dua jer aku kenal sbb pernah ikut menari..so meke buat lah party tu..yg lain bkn aku kenal..tu buat aku rase terharu..baik2 sungguh budak2 nie.. Thank you 5 Keruing..tidak ketinggalan juga guru2 yang buat pot luck tuk meraikan kami..terima kasih..masakan mmg sedapppp!!..mmg puaslah makan-makan minggu tu..sampai takde selera plak..coz byk sgt makanan..huhuhu...




Sunday, April 4, 2010

haiya..long time no see owhh..

Assalammualaikum pembuka bicara aku hari ini..wah begitu lama aku menyepi dari blog sehingga aku lupa kata laluan untuk enter blog aku sendiri..jika dulu permulaan blog aku dengan ceritera berkaitan keputusan kemasukan aku ke Institut Pendidikan Guru..kini tinggal beberapa bulan lagi aku akan menamatkan pengajian aku di IPGKBM ini..(yorabi nang lamak lah sik molah blog tok..hehehe..sikda followers juak nak)

sekarang ini aku menjalani praktikum di Sk Sg Besi selama 3 bulan..12 minggu la..tup..tup..tinggal 2 minggu saja lagi untuk aku menghabiskan sesi praktikum ini..syokk wey..tp sedeh sebab best jugak ngajar kat skolah tu..maybe murid2 suke ngan cikgu baru kan..hehehe..dalam masa tiga bulan tu byk jugak lah ilmu dan pengalaman yang aku dapat..

observation aku malas aku nak cakap..byk kekangan berlaku..sampai sekarang aku baru kena observe 2 kali..so by next week bertungkus lumus lah nak kene observe..dah tak cukup mase lagi..aper2 gud luck tuk diri sendiri lah yer..hehehehhe..

sekejap lagi aku sambung lak part praktikum nie...byk ceritera yg hendak aku sampaikan..see ya!!

Wednesday, June 17, 2009

KPLI Ambilan Khas Jun 2009


SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI ATAU KPLI-SR LPBS j-QAF AMBILAN KHAS JUN 2009 MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

NOMBOR KAD PENGENALAN : 820330135172

NAMA : OZARINA BINTI OTHMAN

KURSUS : BAHASA MELAYU

TEMPAT : INST PEND GURU MALAYSIA KAMPUS BAH. MELAYU : LEMBAH PANTAI 59200 : KUALA LUMPUR , WP KUALA LUMPUR

TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 22-JUN-2009

MASA : 8.30 pagi



Satu berita yang tidak memberikan sebarang impak perasaan pada diri aku tika aku menerima keputusan ini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa tetapi itulah hakikatnya. Pada malam sebelum aku menerima keputusan ini aku sudah bertekad pada diri aku untuk bersedia menerima sebarang kemungkinan. Aku juga bernazar untukberpuasa sehari jika aku berjaya. kepada rakan2 yang ada membaca sila ingatkan aku tentang nazar aku ini.

Bermulalah episod baru, lebih kurang seperti memulakan hidup yang baru. Jangan fikir dengan mendapat keputusan ini merupakan satu yang 100% menggembirakan. Walaupun ini adalah sesuatu yang diharapkan namun untuk mendapatkan ini pengorbanan perlu ada. Hakikatnya tiada kesenangan tanpa pengorbanan bukan. Bermacam-macam perasaan bermain dalam jiwa aku saat ini. Selama 4 tahun aku di YMN kini tiba giliran aku untuk pergi menuruti langkah nani dan nurul untuk menyertai KPM. Jujur aku katakan aku terlalu sedih dan tidak sanggup untuk menginggalkan YMN ini. Tapi apakan daya demi masa depan aku harus pergi.

Di sini juga aku ingin mengmbil kesmpatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga YMN yang sangat memberi sokongan dan yang penting sekali sudi memberi peluang untuk aku untuk berkerjasama dalam organisasi mereka. Terima Kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah di berikan tanpa jemu. Selain itu, terima kasih juga aku ucapkan kepada rakan-rakan yang tifak jemu2 memberi semangat untuk aku terus berusaha untuk menjadi seorang pendidik.

Hari Ahad aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru. Kepada rakan-rakan aku di semenanjung tunggu kedatangan aku ya! Kepada semua rakan-rakan yang di sayangi semua, bersama-samalah kita berdoa agar kejayaan dan kesenangan sentiasa mengiringi kita. Amin..