BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 4, 2010

Mari Berpantun

PANTUN NASIHAT

Burung Kedidi terbang di awan,

Terbang di kota di siang hari,

Santun berbudi alas kehidupan,

Jika dilupa punahlah peribadi.

Buah manggis buah pinang,

Dihidang bersama sayur keladi,

Bila berbudi hatikan senang,

Pasti di kenang sehingga mati.

Bangku bambu di tepi perigi,

Burung Merak keliling taman,

Sapa jiranmu tidaklah rugi,

Muafakat dibentuk tiang kedamaian.

Ikan Sembilang suka menyengat,

Terkena sengat sakit merana,

Hidup ini sentiasa beringat,

Masa depan dijamin sempurna.

Lembut sungguh kain kelambu,

Dibeli dari anak Pak Seman,

Buku itu jambatan ilmu,

Pembimbing setia sepanjang zaman.

Karyaku..

Hari ini aku meletakkan karya-karya yang telah lama di simpan dalam HD aku..sememangnya minat menulis itu sudah sebati dalam diri namun masih terdapat banyak kekurangan. Di harap kalian gembira membaca karya-karyaku yang tidak seberapa ini (cewah!!)

KAU ATAU DIA

Kau atau dia

Naluri ini meronta
Oleh sesuatu yang masih dibelenggu tandatanya
Benar atau tidak
Namun semuanya telah berlaku
Dia laungkan kebebasan
Dia laungkan kedaulatan
Tapi benarkah semuanya
Atau janji kosong semata

Hati ini tidak menduga
Kerna kau adalah dia
Dia pengkhianat nusa
Dia pembunuh bangsa
Siapakah kau?
Siapakah dia?
Nyata kau dan dia serupa
Masih jahil erti merdeka
Terkandas di dunia nyata

~Ozarina Othman~

KISAH 1

KISAH I * tersiar dalam tunas cipta*

Riuhrendah

Suara-suara menghidupkan diri

Suasana setiap senja pagi

Di sebalik binggar itu

Terjulur telapak kecil

Di celah himpitan manusia

Menunggu cebis kasihan

Yang tiada kepastian

Demi meneruskan kehidupan

Masih ada tangan simpati

Dihulur jua pada telapak itu

Lantas memberi sedikit sinar baru..

Mana ibu?

Anak meliar mencari ibu

Menari-nari keriangan

Berlari mendakap ibu.

Sayu ibu..

Menitis manik hiba

Mengenang malang menimpa bahu

Detik waktu adalah beban

Menjadi paratis kehidupannya

Anak itu tidak mengerti

Keperitan yang abadi

Hanya mampu menunding sinar

Yang belum pasti berpanjangan...

Puteri Kenyalang

2006

Merungkai Sedar

Merungkai Sedar

Kusingkap tabir senja
merenung pada ufuk itu
mengenang daif
yang lama mengulit diri

Syurga dunia yang kau cipta
menjadi medan melerai nafsu
lubuk menghimpun ghairah hidup
berkejaran mengaut loba dunia
mengabdi pada pangkat dan harta

Ya-Rahman, Ya-Rahim
pada-Mu aku bersandar
alpaku Kau yang maha jelas
jahilku Kau yang mengadili
titipkanlah cahaya iman-Mu
hembuskan bayu rahmat padaku
tempatkan aku
bersama mereka yang Kau kasihi
sesungguhnya Kau maha agung
sesungguhnya Kau pencipta langit dan bumi



~Ozarina Othman~


Sunday, August 1, 2010

Disebalik Semak Itu

Disebalik semak itu

Disebalik semak itu,

Terpancar tragedy derita

Membongkar nafsu durjana

Yang hilang pertimbangan

Antara waras dan kegilaan

Hilaimu, hanya manisannya

Tawamu madu baginya

Dibelit diri dengan keghairahan

Membuas nafsu atas kerelaan

Disebalik semak itu,

Jasad kaku itu mana dosanya?

Terkulai terbiar direput masa

Belum sempat melihat dunia

Ditinggal antara hidup dan hilang nyawa

Apakah semua hanya tahu?

Mana nilai kemanusiaanmu?

Kepedihanmu hanya di mata

Anugerah akalmu itu dipijak saja

Semuanya telah diceritakan

Hanya disebalik semak itu.

Ozarina Othman/02/08/10-2:03 ptg

HIJRAHKU

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan memberi laluan kepadaku untuk berhijrah..hijrah apa? mesti uols nak taukan..Erm..actually aku dah berhijrah daripada free hair ke betudung..i dont want to talk lebeh2 coz takut cara aku betudong tok lak jadi buah mulut..biar aku jak yang tau mcm mane..tp satu lagi langkah dalam hidup aku sudah pun ku lalui..klu nak di ikutkan mmg dah lama nak pakai tudong cube kekuatan itu belum sampai..

boleh tak kalau aku katakan sebab lain tergerak cepat aku nak pakai tudong sebab aku tertarik dengan fesyen tudong2 sekarang..aku telah jatuh cinta dengan tudong Pearl Haya..collection nye mmg meletop uols..sebab itu aku dengan kuat hati untuk berhijrah..bgs juga idea2 meke buat tudong mcm tu..secara tidak langsung meke boleh mengubah penampilan seseorang kepada yang disarankan..

Alhamdulillah semua orang dapat menerima penampilan terbaru aku..walaupun pada awalnya aku agak gusar dan was-was untuk keluar mengenakannya namun Allah memberi kekuatan kepada aku untuk menempuhinya..Seronok gak..mmg rase bebas dan confident level aku sekarang sudah Up..Up..Up..!

Namun aku tetap Ozarina Othman a.k.a OZA yang dulu..tiada yang berbeza, cuma penampilan sahaja..perubahan juga pada statusku yang sudah bergelar Mrs. Hezammuddin..hehehe..(love u syg) Makanya, jgn ada yang menjauhi diri dari aku ya..heheh..

Oppss..satu lagi, alang2 aku dah bercakap pasal Pearl Haya, sesiapa yang berkenan dengan koleksi tudung2 pearl haya boleh jer jmpe aku dan lihat2 dulu..kalau bekenan boleh lah beli..jujurnya harga dalam lingkungan RM 70 ke atas..tetapi yang pasti kepuasan memakainya mmg terasa..dan yang paling penting SELESA (sejok aih..nyaman bena asa pake) dan kualiti fabrik nya sangat MELETOP!