BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 4, 2010

KISAH 1

KISAH I * tersiar dalam tunas cipta*

Riuhrendah

Suara-suara menghidupkan diri

Suasana setiap senja pagi

Di sebalik binggar itu

Terjulur telapak kecil

Di celah himpitan manusia

Menunggu cebis kasihan

Yang tiada kepastian

Demi meneruskan kehidupan

Masih ada tangan simpati

Dihulur jua pada telapak itu

Lantas memberi sedikit sinar baru..

Mana ibu?

Anak meliar mencari ibu

Menari-nari keriangan

Berlari mendakap ibu.

Sayu ibu..

Menitis manik hiba

Mengenang malang menimpa bahu

Detik waktu adalah beban

Menjadi paratis kehidupannya

Anak itu tidak mengerti

Keperitan yang abadi

Hanya mampu menunding sinar

Yang belum pasti berpanjangan...

Puteri Kenyalang

2006

Merungkai Sedar

Merungkai Sedar

Kusingkap tabir senja
merenung pada ufuk itu
mengenang daif
yang lama mengulit diri

Syurga dunia yang kau cipta
menjadi medan melerai nafsu
lubuk menghimpun ghairah hidup
berkejaran mengaut loba dunia
mengabdi pada pangkat dan harta

Ya-Rahman, Ya-Rahim
pada-Mu aku bersandar
alpaku Kau yang maha jelas
jahilku Kau yang mengadili
titipkanlah cahaya iman-Mu
hembuskan bayu rahmat padaku
tempatkan aku
bersama mereka yang Kau kasihi
sesungguhnya Kau maha agung
sesungguhnya Kau pencipta langit dan bumi



~Ozarina Othman~


Sunday, August 1, 2010

Disebalik Semak Itu

Disebalik semak itu

Disebalik semak itu,

Terpancar tragedy derita

Membongkar nafsu durjana

Yang hilang pertimbangan

Antara waras dan kegilaan

Hilaimu, hanya manisannya

Tawamu madu baginya

Dibelit diri dengan keghairahan

Membuas nafsu atas kerelaan

Disebalik semak itu,

Jasad kaku itu mana dosanya?

Terkulai terbiar direput masa

Belum sempat melihat dunia

Ditinggal antara hidup dan hilang nyawa

Apakah semua hanya tahu?

Mana nilai kemanusiaanmu?

Kepedihanmu hanya di mata

Anugerah akalmu itu dipijak saja

Semuanya telah diceritakan

Hanya disebalik semak itu.

Ozarina Othman/02/08/10-2:03 ptg

HIJRAHKU

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan memberi laluan kepadaku untuk berhijrah..hijrah apa? mesti uols nak taukan..Erm..actually aku dah berhijrah daripada free hair ke betudung..i dont want to talk lebeh2 coz takut cara aku betudong tok lak jadi buah mulut..biar aku jak yang tau mcm mane..tp satu lagi langkah dalam hidup aku sudah pun ku lalui..klu nak di ikutkan mmg dah lama nak pakai tudong cube kekuatan itu belum sampai..

boleh tak kalau aku katakan sebab lain tergerak cepat aku nak pakai tudong sebab aku tertarik dengan fesyen tudong2 sekarang..aku telah jatuh cinta dengan tudong Pearl Haya..collection nye mmg meletop uols..sebab itu aku dengan kuat hati untuk berhijrah..bgs juga idea2 meke buat tudong mcm tu..secara tidak langsung meke boleh mengubah penampilan seseorang kepada yang disarankan..

Alhamdulillah semua orang dapat menerima penampilan terbaru aku..walaupun pada awalnya aku agak gusar dan was-was untuk keluar mengenakannya namun Allah memberi kekuatan kepada aku untuk menempuhinya..Seronok gak..mmg rase bebas dan confident level aku sekarang sudah Up..Up..Up..!

Namun aku tetap Ozarina Othman a.k.a OZA yang dulu..tiada yang berbeza, cuma penampilan sahaja..perubahan juga pada statusku yang sudah bergelar Mrs. Hezammuddin..hehehe..(love u syg) Makanya, jgn ada yang menjauhi diri dari aku ya..heheh..

Oppss..satu lagi, alang2 aku dah bercakap pasal Pearl Haya, sesiapa yang berkenan dengan koleksi tudung2 pearl haya boleh jer jmpe aku dan lihat2 dulu..kalau bekenan boleh lah beli..jujurnya harga dalam lingkungan RM 70 ke atas..tetapi yang pasti kepuasan memakainya mmg terasa..dan yang paling penting SELESA (sejok aih..nyaman bena asa pake) dan kualiti fabrik nya sangat MELETOP!


Thursday, July 8, 2010

TOKEY??

Rasanya dahs ebulan aku abis KPLI..tgh nunggu mok di postingkan di mana2 sidak KPM nikam (uarrgghh 10sen juak) biasalah nak..penantian itu satu penyiksaan..SABAR jak lah ubat yang paling mujarab time tok..sakit juak asa sik keja koh.. sigek sikda fulus..nang ssh..ngarap laki jak2 supan juak nyawa aku..Nasib bait mak aku bekantin di Land survey sia..muak juak dpt aku carik side income k aku byr gaji Mdm Sona ku ya..agik nak mkn kah apa..rembat jak nak da di kantin tok..

dah 2 minggu aku menapak di kantin..as cashier tek konok..kantin start kol 7 pg aku dtg kol 10 pg..hahahaha..nakpa kedak ya kah..TOKEY kah??? aokkk..tokey yg bukan mkn untong jualan..ya jak..hehehe..bisin mak aku..mula2 ria..tok dah mls nya nak bisin gik..telinga kebal bah..mantol..hehehe..mls aku nak awal gilak ke kantin..mok sleeping beauty lok kejap sementara lom keja..lak mund dah start posting yang bisak mata mok bgn pagi2..dah kelemahan aku bgn awl pg..sekpa jadi TOKEY kejap jak..
hari-hari tga gelagat manusia yg pelbagai ragam..mun dah dis serbu yalah ssh gilak..mok juak asa nak extend tangan tok..bkn bulu mata jak mok di extend..tangan pun boleh juak mun perlu bah..hehehe.

lamak dah jadi bini org tok..lom gik aku asa gilak jadi bini org gilak..maybe aku sik diam ngan hubby ku bah..as usual PJJ gik..nang kmk duak tok PJJ ya dah biasa dah..b4 nkh PJJ ya nang sakit..edek2 dah nkh nak..tedah sian hubby sorang jak di sinun..mun aku dapat posting sama ngan nya sinun alhamdulillah..mun sik terpaksanya ekot sine aku posting..hehehe..wad to do owh dear..

oklah, tok saja2 jak tek ngisik masa lapang..actually aku mls nak tulis blog ttg dirik or apa2 yg personal..but bahan aku tek sik ku bak..dlm external hd..lak lah aku kah karya2 aku dlm tok k tatapan ( sak jak followers aku yan jak..hahah..yan bc jak ko.)

Saturday, July 3, 2010

Saat Yang Paling Bahagia Dalam Hidupku



Tanggal 11 Jun 2010, selepas solat Jumaat, dengan sekali lafaz aku sah begelar isteri buat Hezamuddin Bin Morshidi. Impian dan angan-anganku menjadi kenyatan, pertama-tama aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memakbulkan doaku untuk disatukan dengan orang yang aku cintai. Sesungguhnya kuasa Allah lebih daripada segalahnya. Semua yang berlaku juga sudah tertulis. Pertemuan setelah 4 tahun tidak bersua muka telah memanjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin. Sesungguhnya ceritera cinta kami dicoret dengan pelbagai kisah suka duka dan dugaan.

Pada tarikh keramat itu, tidak aku nafikan perasanku bercampur-baur..tetapi paling ketara aku begitu cemas dan gugup sekali. Melihat kehadiran sanak saudara dan sahabat handai yang memenuhi ruang kediaman membuatkan diriku semakin gementar. Setelah kehadiran pengantin lelaki, aku di tempatkan di sebelahnya dan bermulalah majlis AKAD NIKAH. Syukur hanya sekali lafaz Hezam sah begelar suamiku. Ternyata perasaan gementar hilang serta merta dan bertukar kepada tangisan gembira. Kulihat ada yang menitiskan airmata, ada yang menadah tangan kesyukuran dan perasaan aku pada tika itu hanya tuhan sahaja yang tahu..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pada hari kedua, persandingan pihak aku berlangsung di Dewan TM.. acara bermula pada jam 10 pg dan ketibaan pengantin pada jam 11pg..perasaan gementar sekali lagi menyelubungi diriku kerana aku melihat begitu ramai jemputan yang hadir pada ketika itu. Aku dan pasanganku mengenakan baju tradisional melayu kontemporari berwarna merah..aku sungguh terharu dengan hasil tangan SANTUBONG BRIDAL yang begitu menepati citarasa dan impian perkahwinan aku.. Terima kasih diucapkan kepada Abg Hisyam yang banyak membantu.

Pada hari kedua pula, majlis persandingan pihak lelaki berlangsung di dewan yang sama iaitu Dewan TM. Kali ini aku mengenakan baju gaun putih dan pasanganku mengenakan baju istiadat PDRM..pada hari itu aku merasai berjalan melalui bawah silang pedang (Sword Barrel) satu pengalaman yang cukup menarik dan indah bagiku. Sentuhan SANTUBONG BRIDAL pada hari kedua juga tidak mengecewakan. Sentuhan dekorasi pelamin sekali lagi memukau pandangan dan dandanan juga cukup bertepatan dengan tema pada hari tersebut.

Kedua-dua majlis besar yang berlangsung pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Budi kalian semua hanya mampu kubalas dengan doa.. Aku juga berharap majlis persandingan itu diberkati Allah SWT.

Upacara terakhir untuk majlis perkahwinan kami ialah upacara menerima menantu dan bacaan doa selamat. Pada hari tersebut majlis di adakan di rumah mertuaku di taman Sejoli.. pada hari itu juga bacaan doa selamat dan zikir di adakan. Majlis diteruskan dengan menepung tawar pengantin. Semua saudara-mara yang hadir di jemput untuk menepung tawar pengantin pada malam tersebut.

Empat hari majlis perkahwinan aku di adakan dengan baik dan sempurna, Syukur kehadrat Allah kerana mengizinkan majlis berjalan dengan selamat. Sesungguhnya, tarikh 11, 12, 13 dan 15 Jun 2010 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku dan suami tercinta. Marilah sama-sama kita berdoa agar jodoh kami dipanjangkan hinggan akhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang soleh..AMIN....


p/s : kalau nak tengok pic2 kawen tgk lah kat FB..kat situ lagi banyak..

Monday, June 28, 2010

Selamat Tinggal IPG KBM

Setahun nang sik berasa langsung..pejam celik pejam celik dah abis dah pengajian aku di IPG KBM.. sekarang tok aku tgh nunggu panggilan untuk berkhidmat sebagai GURU. Setahun di kampus mmg mcm2 benda terjadi, tapi semuanya adalah dugaan dari maha Esa..mesti di tempuhi dengan sabar.

Rindu juak koh ngan sidak miak kelas KPLI BM 2A..aku sik sempat nak abis bersama-sama dengan sidak semua. aku terpaksa menanggugkan KISSM dan meneruskan perancangan untuk majlis perkahwinan yang berlangsung serentak dengan KISSM.. aku terpaksa memilih di antara satu..bekorban adalah keputusannya..sesungguhnya sukar kita dapat kedua-dua keuntungan dalam satu masa.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, maafkan segala kesilapan yang terlakukan (yah ter gik ya) halalkan segalanya, dan sama-sama kita berdoa agar kita akan ditempatkan segera. ( acttually dalam ati tok ngenang gaji..keta sapa nak bayar nak..mun dapat k daun mok jak aku part time ngutip daun k ku byr ketaku..heheheh)